25 April 2013

Back to Bloggin'

last post aku 24 november 2012 , sekarang dah 24 april 2013 ?!!
woah ! gila lama aku tak blogging ! dah tahun 2013 dah kot !!
finally after 5 months tak blogging , harini aku balik sini juga
twitter memang tak guna ! macam mana tah aku boleh addicted .
instagram pun dua kali lima sama , dua2 buat aku lupa dekat blog .
oh blog aku , kau memang class-sick ! *cakap sorang-2*
blog orang lain semua colourful , creative , swag la , hipster la .
aku kena rebuilt blog aku ! masa untuk berubah ! *action*

24 November 2012

Bunkers vs Kpoppers !

Bunk not Dead !
Kalau tak kerana Sam Bunkface yg mencetus perang menentang kpop semalam malam ,
seriously aku takkan sedar fb & twitter ni penuh dengan avatar korea cakap melayu
Yeahh Bunkers are real Punkers ! kita perang kita menang ! kpop just died !
ramai kpoppers marah dengan bunkface sebab dia BOOOOO group kpop semalam tu ,
kpoppers ni anggap Sam tak profesional but peduli apa ? that the point of Punkers !
Seriously aku pelik dengan kpoppers ni , bila group luar negara kena bash dekat twitter
langsung bangsa sendiri dihina caci padahal Sam cuba nak selamatkan industri muzik kita !
ada yang kata "bunkface dah la tak famous ada hati nak bash-2 artis famous konon" .
hello bro ! orang buat muzik bukan sebab nak kejar famous macam Kpop-Kpop tu okay !

" The reason why are we here is to safe the rock n  roll in this country " - Sam Bunkface

aku tabik dekat Sam ! Kpop ni la yang menjatuhkan industri muzik kita why nak sokong lagi ?!
please la kpoppers sekalian jangan nak tipu kata yang kau support industri muzik negara ni !
malam award tu ramai yg tertanya-2 "band apa yg perform ni ? tak pernah dengar pun ?!"
dah kau dengar radio yang pasang lagu kpop je kau nak tau band ni dari macam mana ?!
nampak kebodohannya bila orang kita sendiri di anak tiri kan , orang luar kita agung-2 kan .
kpop ni dah la buat plastic surgery , then kpoppers ni pulak nak bajet-2 dia handsome -..-
aku pun boleh kejar famous kalau macam tu  , save this industri please ! support our local !
orang malaysia penat-2 buat band susah-2 , buat lagu susah-2 , then tak dapat support pulak
kpop tayang itu ini , joget-2 sikit dah famous jadi jutawan satu dunia kenal la konon-2 nya .
remaja Malaysia ramai buta seni , lirik-2 lagu kpop kebanyakkan nya tak ada makna
but Bunkface gempak ! diorang buat lagu berdasarkan apa yang diorang feel pasal dunia ni !
itu baru real Punkers ! kalau tanya budak skinhead pun diorang paham apa aku cakapkan ni !



13 October 2012

Si Penjual Mee

Lam pandai masak mee goreng . serius tak tipu ! mee dia sekali rasa nak lagi . sedap gila !
dulu dia selalu meniaga dekat lot parking sana tu dengan adik-beradik dia sekali masa tu .
dia datang KL sebab nak majukan lagi perniagaan dia menjual masakan mamak style tu .
Lam orang Penang ( kata dia ) , dan datang dari keluarga yang susah kalau tak silap aku la .
dia tak berapa pandai sangat , jadi menjual mee goreng tulah punca rezeki diorang beradik .
tapi aku bangga dengan dia , sebab ada cita-2 tinggi *susah nak jumpa orang macam ni lagi !
dulu dia datang dari Penang dengan basikal beca keluarganya yang tak berapa senang . then ,
dia pikul beca tu naik kereta api dari Penang sampai Sungai Buloh ( serius ni tak tipu ! )
then dia bukak gerai dekat Damansara . kesian jugak aku tengok dia masa tu, ada sekali dulu .
MBPJ tarik warung dia sebab dia tak ada lesen meniaga time tu , nasib baik ada orang baik
hati tolong dia masa tu . beberapa tahun lepastu , dia tak meniaga gerai beca dia dah .
dia terus bukak restoran corner lot dekat Damansara . wahh , maju dah dia sekarang ni !
pelanggan dia lagi ramai dari pelanggan 'chicken rice shop' dalam satu hari la . untung dia
jangan cakap la . aku tabik gila dekat dia sebab dulu datang sini meniaga bawak beca je ,
 but sekarang dah jadi taukey kedai makan dah , kalau 1 kedai corner lot biasa la , tapi dia
beli 2 kedai corner lot wooh ! ternganga jugak aku datang kedai dia sekali tu , sekarang
terbukti la mee dia superb delicious ! dari dulu sampai sekarang rasa Mee dia tetap sama .
harga dia la dah naik sikit but still okay , dia nak bayar sewa kedai lagi kan . betul lah
kata orang tua-2 " usaha tangga kejayaan " aku pun nak jadi macam Lam la suatu hari nanti !

# ni cerita betul , tak percaya pegi tanya taukey kedai Gulam Mee dekat Damansara

03 October 2012

Twitter tak guna !

perghhh .. harini  baru aku perasan dah nak dekat sebulan tak blogging ,
twitter punya pasal lah ni . siapa reka twitter tu ahh ? cinabeng betul la !
tweet ni macam drugs , siapa buat boleh addict kot dengan benda alah ni ,
tweet punya pasal , aku lupa nak blogging . berhabuk sudah blog aku ni .
kesian fb dah tak ramai orang , habis la Mark Zuckerberg bisnes tak jalan ,
aku paling tak paham twitter ni , kenapa konsep dia sama macam blog sikit ?
'followers & background' dia tiru sikit . nak maju memang kena meniru ke ?
kebanyakan orang muda tweet semua benda jiwang-2 -.-" *termasuk aku
aku tengok orang tweet , aku pun tweet je la benda yang lebih kurang sama .
kalau yang 'konon-2 class' pulak tweet semua bahasa inggeris kan ? -.-
hello , awak tu orang melayu . mat saleh tak ada pun nak tweet bahasa kita .
ada yang bangang tu , ajak aku lumba siapa followers paling banyak menang .
eh , cuba kau sign up blogger lepas tu kita lumba cari followers nak ?
baru ada trill ! takat tweet ni aku tak heran la , menarik sikit je 'tweetfamous' .
'tweetfamous' tu sementara je  weh . blog ni selama-lama-lama-lamanya !
kalau blog menarik , boleh dapat award kot . lagi gempak dari tweet .
boleh letak lagu macam myspace pulak tu . apa-2 pun aku tetap sokong Blogger !

#follow https://twitter.com/AmirulCollins

06 September 2012

Malaysia kalah dengan Jepun

Respect BBoy Juicy !
1 september lepas ada Red Bull BC One Asia Pasific 2012 .
BBoy Juicy from Giller Battle Crew berjaya mewakili Malaysia
selepas menjuarai Red Bull BC One South East Asia haritu .
first time malaysia hantar wakil sampai sana . memang Dope la !
BBoy Juicy vs Babylon ( japan ) at first round . tapi malangnya ,
BBoy Juicy tak lepas lawan Babylon . sedih jugak aku haritu .
But still dope la , belum penah ada anak malaysia sampai sana .
at least sekarang , bboy luar nampak malaysian breaker !
sedih aku tak ada live kat tv , padahal dapat wakil negara kot !
olimpik , bola semua boleh pulak live kat tv . tak paham aku =.=
nasib baik Red Bull baik , ada livestream .. tu pon sekat-2 .
walaubagaimanapun , Juicy still DOPE ! juara south east asia kot !
singapore , indon sume kalah dengan Malaysia .

26 August 2012

Harap esok Hujan !

damn .. esok dah sekolah ?! nooooooooooooooooooooooooooooooooooo
cepatnya cuti ni  . malasnya nak pegi sekolah esok .tak puas nak raya lagi kot .
kutipan belum cukup lagi ni , macam mana nak bangun awal esok ni ? -.-"
selalu tido bangun pon dah tengahari , kene set alarm banyak la malam ni
besok mahu sejam lebih ni kat perhimpunan . ye la , kan dah seminggu cuti .
banyak la dia membebel esok ni ..  habis la aku , mesti tertido punya la esok .
besok mesti keluar dialog ni "pelajar diminta menyanyikan ketiga2 buah lagu "
mati la aku , jadual hilang , baju belum iron , tie hilang , tali kasut tak jumpa ,
alat tulis entah mana ,sekolah suruh mintak derma tak cari lagi , buku hilang .
aduhhhh,boleh jadi gila macam ni . kalau la ada robot kucing doraemon tu ,
harap-harap esok pagi hujan lebat (y)

07 August 2012

Pemalang & Hilang

arggghhhhh , apa malang sangat harini ah ?! s#`^$5* !!
dari bangun pagi sampai sekarang ada je yang tak kena .
bangun je pagi tadi tie hilang , dekat 20 minit aku cari .
last sekali nasib baik jumpa . semalam okey je tie tu ada .
ni time dah nak pegi sekolah pulak boleh hilanng tiba-2 ! haihh
pastu dah habis sekolah pulak , aku balik rumah je . malang lagi
phone aku pulak hilang ! S@4%* ! apa malang sangat harini ?!
dari petang tadi sampai sekarang tak jumpa-2 =.='
haiiih la handphone mana kau pegi ? aku pegi sekolah kejap je .
kenapa kau hilang ? kene curi ke ? aku call tak bunyi pulak tu .
tolong la handphone , datang sini balik . aku rindu kau la ..
dalam tu ada banyak rahsia aku , kalau orang lain jumpa karang
mati lah aku ..