30 October 2014

Diantara senyap dan lenyap

kenapa dia datang haritu ?
kenapa dia tak reply ?
dia unmetion aku ke ?
dia dah ada bf ke apa ni ?
dulu bukan kata lain ke ?
lama online chat dengan siapa ?
asal dia buat private ?
tapi haritu macam okay ?
takkan sekejap pun tak boleh ?
why off phone lagi ?
zaman aku takda pun macam ni ?
aku ada tipu dia ke ?
aku tipu apa ?
kenapa aku pulak rasa ditipu ?
kenapa dia cakap macam tu ?
dia tanya rahsia apa ?
bad mood ke apa ni ?
busy lagi ke ?
kenapa aku obses sangat ni ?
kenapa banyak soalan sini ?
siapa nak jawab pulak ni ?
jangan-jangan dia,


busy lagi.
#hiselamatpagisorry

30 March 2014

aku orang Fail !

dalam dunia ni ..
setiap keluarga mesti ada seseorang yang gagal ,
yang gagal memilih
yang gagal untuk dipilih
yang gagal merancang
yang merancang kegagalan
yang fail mendapat gred
yang fail selepas fail
yang fail menghadap ujian
yang fail berdiri dengan sendiri
yang fail mencapai apa yang dia nak
yang fail mencapai apa yang family dia expect
yang sering ketinggalan di belakang
yang sering ditinggalkan di belakang
yang tersandung
yang tersungkur
yang tersingkir
yang tergolek walaupun tidak digolek
yang hidup dalam kegagalan .


Mungkin akulah orang itu itu .

19 December 2013

Aku bukan sad story !

it's been a few weeks already
and aku taktau lah kalau-2 lepas ni aku ada masa nak bloggin' lagi
because maybe i'll to busy trying to find any part time job around this town
so
if this does end up being my last entry
aku just nak korang tahu yang aku ni lifeless before aku sixteen years old
and diorang dah banyak tolong aku ,
tolong hidupkan aku balik macam dulu .
even if korang maybe tak berapa faham apa yang aku nak cakap actually
but
diorang buat aku kenal siapa diri aku dalam rialiti dunia ni
realiti yang 'real' punya
one day
semua ni akan jadi sejarah hidup kita
plus gambar-2 kita pun akan lusuh ditelan emas
and kita pun akan jadi someone dad or mom
tapi sekarang ?
aku tahu dalam realiti sekarang tak ramai orang cakap benda macam ni
plus ramai yang senang lupa
what it's like to be seventeen when their turn eighteen
situasinya dah tak sama macam dulu lagi
zaman kegemilangan kita dah tamat sekarang
aku still lagi kat sini and still looking at their picture
and they are f***ing awesome
babak ini lah yang menentukan aku bukan 'sad story'
at this moment , i swear , we are infinite



the perks of being a Zetarians .

18 October 2013

Last entry

sekarang dah sampai babak terakhir
segala yang ditimba dari kecil dahulu
sekaranglah masa nak curahkan balik
yang kita rasa baru je nak bermula
tiba-tiba dah nak sampai ending dia
rasanya ,
sampai di sini sahaja
salah silap harap maafkan
terima kasih atas segalanya
betul-betul terima kasih
bye .

07 October 2013

Esok graduation !

macam tak percaya dah dekat 11 tahun aku sekolah ,
and esok nak graduation dah , kejap betul masa berlalu .
actually ni graduation for student form 5 yang dah nak
habis sekolah je , bukan graduate from univesiti pun .
mula-2 aku plan tak nak pergi graduation ni semua
sebab bayar dah la mahal + tak penting sangat pun .
but haritu classmate aku semua ajak . rasa macam
tak best pulakkan ? satu kelas pegi then kita tak pegi .
lagipun , ni last year aku kat sekolah menengah tu .
so apa salahnya kan ? but pelik juga , graduate dulu
before ambik spm ? hahaha macam tadika pun ada .



01 October 2013

Menjadi Tunggul

Menunggu .
rasanya sepanjang hidup kita , kita asyik menunggu .
menunggu masa,
menuggu peluang,
menunggu masa ..
menuggu tanpa penghujung
sehingga kita asyik bertanyakan
bila ? bila ? bila ? atau sampai bila kita kena menunggu ?
tetapi , macam  mana bosan , jemu , jenuh kita menunggu ..
kita terpaksa menunggu . Dah jadi macam satu pekerjaan
pula atau satu bidang yang lansung tak mendatangkan hasil.
tapi kadang-kadang, menunggu tu kita rasa berbaloi juga,
bila orang yang kita sayang ada disamping kita.
tapi ,
bila semuanya diluar kawalan kita
apa yang boleh kita buat ?
selain menuggu dan mengharap
apa yang kita boleh buat ?
hanya tunggu dan lihat ..