12 May 2013

Politics everywhere

politik politik politik , semua nak politik , semua nak dapat kuasa ,
dalam tv politik , surat khabar politik , buku politik , video politik ,
perhimpunan politik , even paper exam aku pun ada politik jugak !
yang itu menang orang bising , yang itu kalah orang bising jugak ?!
pelik aku dengan manusia harini , bergaduh sesama puak sendiri
masing-2 lawan kaum sendiri sampai nanti ada yang mati nanti .
kalau nak menang , segala benda diungkit balik , tak ikhlas ke ni ?
kita sepatutnya saling membimbing , seperti aur dengan tebing ,
bukan seperti anjing dan kucing ! cukuplah orang-orang politik !
i really hope all the politician are into hip hop culture one day !
i'm Muslim , but my culture is hip hop ! dalam hip hop ni kita tak
tengok skin colour , kita tak tengok blood , kita kat tengok agama
but kita United ! majulah hip hop untuk negara ! sekian

06 May 2013

Aku kena Bersuara !

awal bulan lepas , aku ada dapat ticket pegi satu party ni .jauh jugak
la nak pergi sebab party tu dekat area KL ,aku pergi sebab aku ada
masuk satu contest yang diorang taja ni . kalau kena nasib dapat
kasut katanya lah , but tak dapat apa-2 pun malangnya nasib aku .
sedih jugak aku sebab duit aku banyak habis dekat transport je .
paling menyedihkan , time dekat party tu . aku terlihat 2-3 anak
 muda melayu tengah mabuk layan lagu yang dj tu tengah mainkan =.=''
ya Allah , apa dah jadi dengan bangsa aku sekarang ? sosial sangat .
apa yang akan jadi dekat masa depan generasi aku ni nanti ?
kalau ikutkan hati memang aku nak tegur dia , tapi orang tengah
mabukkan ? tegur dengan tak tegur sama je tak dapat dengar jelas .
Semalam semua kecoh pasal politik , aku tak kesah pun siapa yang
menang . tapi aku harap masa hadapan aku tak nak tengok lagi bangsa
aku mabuk la . tahniah Barisan Nasional . walaubagaimana pun hati
aku tetap dekat bulan . " kami tak kalah kami cuma belum menang "

Faith + Respect = Malaya Heroes !

02 May 2013

Desinging the suit

Masalah utama kelas seni -> terlampau ramai sangat designer !
huuu ,  for two days , two night aku dapat juga siapkan design
t-shirt kelas aku . but malangnya banyak design kena tolak -.-'
haritu mintak design yang rare macam Taikor , Lansi , Hipster la
dah buat design t-shirt biasa penat-2 siap ada #ashtag sendiri !!
tiba-2 nak tukar plan buat baju t-shirt collar pulak . dafuk ?!
semua cakap t-shirt biasa simple la , hitam panas la ~
t-shirt collar macam sejuk pulak kan ? heyyy  manusia .
macam-2 , dah aku nak kena buat design baru pulak =.=''



masterpiece aku ! 

25 April 2013

Back to Bloggin'

last post aku 24 november 2012 , sekarang dah 24 april 2013 ?!!
woah ! gila lama aku tak blogging ! dah tahun 2013 dah kot !!
finally after 5 months tak blogging , harini aku balik sini juga
twitter memang tak guna ! macam mana tah aku boleh addicted .
instagram pun dua kali lima sama , dua2 buat aku lupa dekat blog .
oh blog aku , kau memang class-sick ! *cakap sorang-2*
blog orang lain semua colourful , creative , swag la , hipster la .
aku kena rebuilt blog aku ! masa untuk berubah ! *action*

24 November 2012

Bunkers vs Kpoppers !

Bunk not Dead !
Kalau tak kerana Sam Bunkface yg mencetus perang menentang kpop semalam malam ,
seriously aku takkan sedar fb & twitter ni penuh dengan avatar korea cakap melayu
Yeahh Bunkers are real Punkers ! kita perang kita menang ! kpop just died !
ramai kpoppers marah dengan bunkface sebab dia BOOOOO group kpop semalam tu ,
kpoppers ni anggap Sam tak profesional but peduli apa ? that the point of Punkers !
Seriously aku pelik dengan kpoppers ni , bila group luar negara kena bash dekat twitter
langsung bangsa sendiri dihina caci padahal Sam cuba nak selamatkan industri muzik kita !
ada yang kata "bunkface dah la tak famous ada hati nak bash-2 artis famous konon" .
hello bro ! orang buat muzik bukan sebab nak kejar famous macam Kpop-Kpop tu okay !

" The reason why are we here is to safe the rock n  roll in this country " - Sam Bunkface

aku tabik dekat Sam ! Kpop ni la yang menjatuhkan industri muzik kita why nak sokong lagi ?!
please la kpoppers sekalian jangan nak tipu kata yang kau support industri muzik negara ni !
malam award tu ramai yg tertanya-2 "band apa yg perform ni ? tak pernah dengar pun ?!"
dah kau dengar radio yang pasang lagu kpop je kau nak tau band ni dari macam mana ?!
nampak kebodohannya bila orang kita sendiri di anak tiri kan , orang luar kita agung-2 kan .
kpop ni dah la buat plastic surgery , then kpoppers ni pulak nak bajet-2 dia handsome -..-
aku pun boleh kejar famous kalau macam tu  , save this industri please ! support our local !
orang malaysia penat-2 buat band susah-2 , buat lagu susah-2 , then tak dapat support pulak
kpop tayang itu ini , joget-2 sikit dah famous jadi jutawan satu dunia kenal la konon-2 nya .
remaja Malaysia ramai buta seni , lirik-2 lagu kpop kebanyakkan nya tak ada makna
but Bunkface gempak ! diorang buat lagu berdasarkan apa yang diorang feel pasal dunia ni !
itu baru real Punkers ! kalau tanya budak skinhead pun diorang paham apa aku cakapkan ni !



13 October 2012

Si Penjual Mee

Lam pandai masak mee goreng . serius tak tipu ! mee dia sekali rasa nak lagi . sedap gila !
dulu dia selalu meniaga dekat lot parking sana tu dengan adik-beradik dia sekali masa tu .
dia datang KL sebab nak majukan lagi perniagaan dia menjual masakan mamak style tu .
Lam orang Penang ( kata dia ) , dan datang dari keluarga yang susah kalau tak silap aku la .
dia tak berapa pandai sangat , jadi menjual mee goreng tulah punca rezeki diorang beradik .
tapi aku bangga dengan dia , sebab ada cita-2 tinggi *susah nak jumpa orang macam ni lagi !
dulu dia datang dari Penang dengan basikal beca keluarganya yang tak berapa senang . then ,
dia pikul beca tu naik kereta api dari Penang sampai Sungai Buloh ( serius ni tak tipu ! )
then dia bukak gerai dekat Damansara . kesian jugak aku tengok dia masa tu, ada sekali dulu .
MBPJ tarik warung dia sebab dia tak ada lesen meniaga time tu , nasib baik ada orang baik
hati tolong dia masa tu . beberapa tahun lepastu , dia tak meniaga gerai beca dia dah .
dia terus bukak restoran corner lot dekat Damansara . wahh , maju dah dia sekarang ni !
pelanggan dia lagi ramai dari pelanggan 'chicken rice shop' dalam satu hari la . untung dia
jangan cakap la . aku tabik gila dekat dia sebab dulu datang sini meniaga bawak beca je ,
 but sekarang dah jadi taukey kedai makan dah , kalau 1 kedai corner lot biasa la , tapi dia
beli 2 kedai corner lot wooh ! ternganga jugak aku datang kedai dia sekali tu , sekarang
terbukti la mee dia superb delicious ! dari dulu sampai sekarang rasa Mee dia tetap sama .
harga dia la dah naik sikit but still okay , dia nak bayar sewa kedai lagi kan . betul lah
kata orang tua-2 " usaha tangga kejayaan " aku pun nak jadi macam Lam la suatu hari nanti !

# ni cerita betul , tak percaya pegi tanya taukey kedai Gulam Mee dekat Damansara

03 October 2012

Twitter tak guna !

perghhh .. harini  baru aku perasan dah nak dekat sebulan tak blogging ,
twitter punya pasal lah ni . siapa reka twitter tu ahh ? cinabeng betul la !
tweet ni macam drugs , siapa buat boleh addict kot dengan benda alah ni ,
tweet punya pasal , aku lupa nak blogging . berhabuk sudah blog aku ni .
kesian fb dah tak ramai orang , habis la Mark Zuckerberg bisnes tak jalan ,
aku paling tak paham twitter ni , kenapa konsep dia sama macam blog sikit ?
'followers & background' dia tiru sikit . nak maju memang kena meniru ke ?
kebanyakan orang muda tweet semua benda jiwang-2 -.-" *termasuk aku
aku tengok orang tweet , aku pun tweet je la benda yang lebih kurang sama .
kalau yang 'konon-2 class' pulak tweet semua bahasa inggeris kan ? -.-
hello , awak tu orang melayu . mat saleh tak ada pun nak tweet bahasa kita .
ada yang bangang tu , ajak aku lumba siapa followers paling banyak menang .
eh , cuba kau sign up blogger lepas tu kita lumba cari followers nak ?
baru ada trill ! takat tweet ni aku tak heran la , menarik sikit je 'tweetfamous' .
'tweetfamous' tu sementara je  weh . blog ni selama-lama-lama-lamanya !
kalau blog menarik , boleh dapat award kot . lagi gempak dari tweet .
boleh letak lagu macam myspace pulak tu . apa-2 pun aku tetap sokong Blogger !

#follow https://twitter.com/AmirulCollins